Sunday 18 December 2011

Bila Mimpi Mengukir Nostalgia

Bila Malam..
Hati ini terus resah dan gelisah...
Tapi kenapa..kenapa hati ini terus gelisah...
Naluri hanya sepi dan terus menyepi tanpa sebarang jawapan....
Mata cepatlah pejam rapat-rapat..kerana takut mimpi menjalar  masuk ....ke dalam mimpi ini...
Tapi ...
Mimpi tetap datang... mimpi mulai mengetuk minda yang entah kemana arahnya...
Minda cuba berdiam diri tapi airmata yang mengalir membuka ruang untuk mimpi kembali mengetuk minda...

Tuhan..
Tolong jauhkan mimpi dari diri ini...
Hati ini bercelaru dengan kisah hidup antara dia dan aku....
Coretan demi coretan akan terlukis didalam kehidupan yang sedang menjalar dalam mimpi..
kerna ku tak mampu untuk hidup hanya bersandarkan pada mimpi semata mata....

Datanglah  suria untuk aku kembali ke alam realiti...kerana mimpi semalam hanyalah nostalgia dalam tidurku...

Hati Seorang Wanita

 Dialah wanita, Dialah Isteri dan Dialah Mama. Dia  itu terus melangkah arus kehidupan yang teramat cerun untuk dirinya lalui. Perit yang teramat...wanita itu telah cuba sedaya upaya untuk mengubati segala kepahitan kisah hidupnya yang lampau. Tapi kenangan itu tidak pernah berakhir, hadirnya kenangan itu seumpama kunang kunang yang bergerlipan di waktu malam. mata yang kuyu itu terpejam tapi kenangan itu melintasi didalam tidurnya. Di tikar sembahyang, rintihan demi rintihan kepada Yang Maha Esa untuk membantu dirinya kembali bersemangat menongkah arus perjalanan hidup. Tuhan tolonglah hamba mu ini. Wanita  itu sudah tidak terdaya lagi untuk meneruskan segalanya, tapi bila kulihat mata anak kecil yang memanggil wanita itu  mama...membuat kan aku tersenyum dengan linangan airmata. Mama sayang  abg. Sayang sangat-sangat. sebab kamu dan Papa buatkan  mama masih berada bumi ini, kasih sayang antara mereka telah kuatkan semangat wanita  ini, entah apa lagi yang harus wanita itu perjuangkan sehinggakan kesakitan hati meruntun jiwa yang penuh dengan pengorbanan demi pengorbanan demi kebahagiaan insan-insan yang lain. Hati kecil wanita ini menangis  dan terus menangis tanpa menzahirkan airmata itu dihadapan suami yang dicintainya. wanita itu sendiri membasuh lukanya dan dia tetap mampu tersenyum dan berserah dan berharap akan cahaya kejayaan muncul untuk dirinya suatu hari nanti.
setiap saat hatinya berdoa dan merayu  untuk memohon pertolongan dari yang Maha Esa. Wanita ini sudah tak mampu menjalani kepedihan hati dan kesukaran dugaan itu seorang diri. Hanya yang maha Esa sahaja mampu membuka segala ruang kesempitan utuk dirinya. 
Wanita itu akan lari dan terus berlari yang entah kemana hentinya sehingga kemenangan menjadi nyatanya. Biar dia terus memujuk hati nya dan merawat hatinya walau pedih terluka sedangkan insan insan disekelilingnya tahu bahawa cintanya hanya untuk suaminya. Cintanya takkan berubah walau hidup mereka hanya akan mengemis. Cintanya takkan terpadam selagi Allah membenarkan ianya bernadi. Ya Allah..bantulah wanita ini dan keluarganya cahaya kemenangan...Amin..kerana Wanita ini akan terus berdoa-dan terus berdoa tanpa menzahirkan airmatanya kerana dia  adalah wanita yang tabah.